Khamis, 28 April 2011

TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

Tanggungjawab Suami
1. Menyediakan mahar untuk isteri.         
2. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.
3. Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.
4. Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.
5. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.
6. Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soal
    ibadat dalam fardu ain.
7. Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan
     maruahnya.
 
Tanggungjawab Isteri
1. Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
2. Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.
3. Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak-anak dengan sempurna.
4. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah.
5. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.
6. Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.
 
Hak Dan Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri
1. Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.
2. Berkasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain.
3. Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.
4. Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua­-dua belah pihak.
5. Memberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.
6. Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumahtangga.
 

Mencari Cinta

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid
Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Kandil cintaNya menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta

Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

Rabu, 13 April 2011

Kerana Doa - Nowseeheart

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan

Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan



Selasa, 5 April 2011

Koko Minda Plus – Penambah Tenaga Minda

Koko Minda Plus adalah salah satu produk keluaran Melaka Halal Hub yang sangat baik untuk otak khususnya para pelajar. Ia telah dirasmikan oleh Pengasas HPA, Tuan Haji Ismail, pada Kuliah Perubatan Jawi yang berlangsung pada 23hb Oktober 2010.
Koko Minda Plus HPA
Koko Minda Plus HPA
Koko Minda Plus merupakan minuman berasaskan koko yang dicampur dengan herba-herba terpilih iaitu buah kurma, buah kismis, buah tin, Ginko Biloba, dan pegaga. Ianya mengandungi vitamin dan garam galian yang bagus untuk perkembangan otak dan minda. Berikut adalah khasiat herba-herba di dalam Koko Minda Plus:
  • Buah kurma:
    • meningkatkan daya ingatan
    • penambah tenaga segera
    • menyihatkan sistem saraf
    • melawaskan sistem usus
  • Buah kismis:
    • meningkatkan daya ingatan
    • mengandungi anti oksidan yang tinggi. Sangat baik untuk kesihatan jantung dan urat saraf.
  • Buah tin:
    • meningkatkan kandungan oksigen dalam darah
    • mengawal kekejangan otot
    • mengawal berat badan
    • mengawal sel-sel darah
    • mengurangkan bakteria yang merugikan di dalam badan
  • Ginko Biloba:
    • meningkatkan daya ingatan
    • melancarkan aliran darah ke seluruh badan
    • meransang sistem penglihatan
    • meransang sistem pernafasan
    • mengawal kekejangan otot
    • membantu masalah kemandulan lelaki
  • Pegaga:
    • menenangkan dan menajamkan minda
    • memulihara saluran darah
    • membantu mengawal tekanan darah
    • menyihatkan kulit
    • mempercepat pemulihan luka
    • mengurangkan sakit sendi
    • merawat kesukaran tidur
  • Koko:
    • mempunyai kandungan anti oksidan 3 kali lebih tinggi dari teh hijau. Anti oksidan adalah lebih baik untuk kesihatan jantung dan sistem urat saraf.
    • membantu mengawal kolesterol
Sila klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas
Testimoni Pengguna Koko Minda Plus HPA
Testimoni Pengguna Koko Minda Plus HPA
Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 20.00
Sabah & Sarawak : RM 22.00
Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 18.00
Sabah & Sarawak : RM 20.00
Nilai Mata (NM) :5